Nadhrah Nazim & Co

Peguambela dan Peguamcara Peguam Syarie, Perunding Keluarga, Pusaka, Hibah & Wasiat

Whatsapp Call

Pengenalan

Tetuan Nadhrah Nazim & Co adalah firma guaman yang menawarkan perkhidmatan perundangan, sokongan serta penyelesaian permasalahan undang-undang Syariah
(Mal & Jenayah) dan Sivil. Kami membantu pelanggan kami menyediakan penyelesaian undang-undang yang khusus untuk keperluan peribadi mereka.

Kami bertanggungjawab untuk bersama anda bermula dari awal prosiding sehingga ke akhir bagi membantu anda menyelesaikan permasalahan tersebut. Pasukan kami juga terdiri dari barisan peguam yang berpengalaman dalam bidang perundangan Syariah dan Sivil, cekap serta berkemampuan tinggi untuk membantu anda di setiap peringkat proses perundangan.

Matlamat asas kami adalah untuk menambah nilai kepada pelanggan kami dengan menyediakan penyelesaian undang-undang yang cepat, efektif serta khusus bagi setiap permasalahan pelanggan kami.

Kami juga ingin membina hubungan kerja professional yang berpanjangan dengan pelanggan kami bagi memastikan setiap pelanggan kami berasa terjamin dan yakin dengan perkhidmatan kami.

Selain dari mempunyai kepakaran dalam perundangan Syariah, kami turut mempunyai Peguam yang berpengalaman luas dalam undang-undang Sivil dan ia adalah kelebihan bagi kami kerana kami melihat setiap permasalahan undang-undang anda secara holistik dari sudut perundangan Syariah dan Sivil.


Pasukan Kami

Nadhrah Binti Nazim

Nadhrah Binti Nazim merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (Kepujian) daripada Universiti Sains Islam Malaysia.

Beliau kemudiannya menjadi Pelatih Dalam Kamar di Tetuan T.J.Goh & Co bermula dari tahun 2019 dan mengendalikan kes-kes melibatkan jual beli dan sebagai Peguam Syarie bermula dari tahun 2021 sehingga kini selepas menerima pentauliahan Peguam Syarie. Nadhrah telah menerima pentauliahan Peguam Syarie di dua (2) buah negeri iaitu:-

  • Wilayah Persekutuan
  • Negeri Johor

Beliau juga aktif di dalam bidang pendidikan dan motivasi dan pernah dilantik sebagai fasilitator di Kolej Permata Insan, pelatih dan juri debat Bahasa Inggeris bagi beberapa pertandingan kebangsaan seperti Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam Malaysia dan The Great Royal Gender Debate 2016.

Beliau juga aktif berpersatuan dan menyertai pelbagai program kesukarelawanan seperti Global Islamic Outreach: Sri Lanka, Kemboja dan Vietnam

Puan Ros Yasmin Binti Zolkafali

Puan Ros Yasmin Binti Zolkafali mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kepujian).

Beliau telah menjalani Latihan dalam kamar Tetuan Rahim & Lawrnee dan telah didaftarai sebagai Peguambela & Peguamcara pada 12 Disember 2019.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perbankan, litigasi am, hal-hal sivil. Beliau kini mengendali firma dalam litigasi Sivil.

Objektif

Matlamat utama firma ini adalah untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat Islam yang memerlukan perkhdimatan Syarie dan guaman sivil. Selain itu juga, firma guaman ini sedaya upaya membantu pihak-pihak yang tidak berkemampuan untuk melantik peguam dan tidak berkelayakan mendapat bantuan daripada biro bantuan guaman.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di firma ini adalah:

Guaman Syarie

Pengesahan dan pendaftaran perkahwinan luar negara dan lain-lain

Perunding Kekeluargaan Islam

Selain memberi pengisian seminar kepada ahli dan masyarakat, pihak kami juga memberikan rundingcara-rundingcara berkaitan dengan kekeluargaan Islam termasuk hal-hal berkaitan dengan komunikasi dan psikologi dalam perkahwinan serta lain-lain.

Perunding Harta Orang Islam

Pihak kami akan memberikan konsultasi berkaitan instrumen pentadbiran/pengurusan harta/harta amanah orang Islam seterusnya memajukan dokumen ikatan/pengisytihan harta/amanah ke mahkamah

Sivil

Tuntutan Sivil terhadap Individu & Syarikat

Hartanah

Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) & lain-lain

Guaman Syarie

1. Pengesahan dan pendaftaran perkahwinan luar negara

2. Permohonan perkahwinan

  • Wali hakim
  • Poligami

3. Perceraian dan pengesahan perceraian

  • Fasakh
  • Ta'liq
  • Khulu' (Tebus Talak)
  • Anggapan Mati
  • Faraq Pernikahan

4. Tuntutan suami/isteri dalam perkahwinan

  • Nafkah zahir dan batin

5. Tuntutan suami/isteri selepas perceraian

  • Nafkah Iddah
  • Mutaah
  • Harta Sepencarian
  • Nafkah Tertunggak

6. Tuntutan hak jagaan anak (custody/guardianship)

  • Nafkah Tertunggak Anak
  • Nafkah Anak

7. Tuntutan hutang/nafkah tertunggak perkahwinan

8. Pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah

  • Ubah Perintah
  • Saman penghutang penghakiman
  • Komital

Peguambela jenayah syariah

Rayuan syariah (mal/jenayah)

Perunding Kekeluargaan Islam

Selain memberi pengisian seminar kepada ahli dan masyarakat, pihak kami juga memberikan rundingcara-rundingcara berkaitan dengan kekeluargaan Islam termasuk hal-hal berkaitan dengan komunikasi dan psikologi dalam perkahwinan serta lain-lain

Perunding Harta Orang Islam

Pihak kami akan memberikan konsultasi berkaitan instrumen pentadbiran/pengurusan harta/harta amanah orang Islam seterusnya memajukan dokumen ikatan/pengisytihan harta/amanah ke mehkamah bagi tujuan pengendosan dalam perkara-perkara berikut:

  • Penulisan Wasiat
  • Hibah (pemberian hadiah semasa hidup)
  • Wakaf
  • Pusaka yang berwasiat dan/tidak berwasiat; dan
  • Apa-apa pertikaian harta orang Islam

Sivil

Tuntutan Sivil terhadap Individu

Tuntutan Sivil terhadap Syarikat

  • Saman Fitnah
  • Tuntutan Hutang
  • Tuntutan Harta Pusaka
  • Pembuangan Kerja Secara Tidak Adil
  • Pelanggaran Kontrak

Hartanah

1. Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement)

2. Perjanjian pinjaman bank (Loan Facility Agreement)

3. Pindahmilik dan Gadaian untuk masukkan nama pemilik dalam geran strata individu. (Perfection on Transfer & Charge)

4. Melepaskan Gadaian (Discharge of Charge)

5. Pindahmilik atas dasar kasih saying (Transfer under love and affection)

Soalan Yang Selalu Ditanya

Berikut Adalah Contoh-Contoh Soalan yang Selalu Ditanyakan Kepada Kami

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan Peguam, atau memerlukan khidmat nasihat tentang guaman/peguam syarie, sila hubungi hubungi kami terus melalui WhatsApp

Cawangan Johor

Nadhrah Nazim & Co No. 49B Jalan Baiduri 1, Taman Baiduri
81200 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia


Call

017-725 7971 / 011-2640 3224


WhatsApp

017-725 7971 / 011-2640 3224


Email Us

legal@nadhrahnazim.com


Working Hours

Mon - Fri: 9AM to 5PM
Sunday: 9AM to 1PM

Cawangan Kedah

Nadhrah Nazim & Co NO. 1138A, LORONG ASTANA 31/3, BANDAR SERI ASTANA
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN, Malaysia


Call

013-210 6331


WhatsApp

013-210 6331


Email Us

legal@nadhrahnazim.com


Working Hours

Mon - Fri: 9AM to 5PM
Sunday: 9AM to 1PM